بسم الله الرحمن الحيم

"SETIAP PERBUATAN ITU
DILAKUKAN KERANA NIAT
SETIAP YANG MAHU
MELAKUKAN SESUATU PERBUATAN
MULAKAN DENGAN KALIMAH ALLAH
NESCAYA KEBERKATAN DAN RAHMAT
AKAN DIPEROLEHI"

29 Oktober 2011

PUNCA PENYAKIT MASYARAKAT




Rupanya kalau barang-barang murah atau mata benda yang murah
Sama ada tidak dimiliki atau ada dimiliki, semua manusia terasa
Atau setiap orang yang empunya atau tidak berpunya itu sedar
Orang yang kaya dengan harta dia sedar yang dia kaya
Orang yang miskin juga ia sedar yang dia tidak empunya
Orang yang berumah besar dan cantik dia sedar memiliki itu semua
Juga orang yang rumah kecil dan buruk dia juga sedar yang demikian itu
Begitulah seterusnya orang yang bermuka cantik dia sedar yang dia cantik
Orang yang muka buruk juga sedar yang dia bermuka buruk

Tapi malang sekali, orang yang tidak dapat hidayah,
dia tidak sedar tidak dapat petunjukNya
Orang yang tidak miliki iman tidak terasa tidak punya iman
Juga orang yang tidak terasa tidak bertuhan, ia tidak terasa dia tidak merasa bertuhan
Begitu juga orang yang hatinya penuh dengan mazmumah seperti sombong, riyak, ujub
Dia tidak terasa ia miliki itu semua

Rupanya di dalam hidup ini benda yang zahir mudah dikesan
Perkara-perkara yang maknawi dan rohani payah diketahui
Kerana itulah lumrah manusia di dunia ini sibuk dengan soal-soal lahiriah
Sama ada yang positif mahupun yang negatif
Perkara-perkara maknawi dan rohani manusia tidak mempedulikan,
Kerana itulah persoalan iman, hidayah dan taqwa kurang dipersoalkan
Persoalan mazmumah jarang diambil perhatian
Orang hanya sibuk-sibuk dengan persoalan luaran
Soal-soal di dalam terabai dan dicuaikan
Kerana itulah penyakit masyarakat susah hendak ditumpaskan

KAWAN YANG SETIA



Bukan senang untuk mendapat kawan yang setia
Boleh berkawan waktu susah dan senang
Di waktu dukacita dan gembira
Di waktu kita buntu fikiran. dialah yang memberi pandang
Ketika tidak ada apa hendak dimakan
Diberi bantuan
Boleh memberi pertolongan sebelum diminta,
Kerana faham masalah kawan,
Apatah lagi apabila diminta,
Waktu sakit diziarahi,
Diwaktu mendapat nikmat, dia melahirkan kegembiraan,
Kesusahan kawan, kesusahannya,
Kesedihan kawan, kesedihannya,
Keluarganya dijaga dan di ambil berat tentang kehidupnnnya
Maruah kawan dan keluarganya amat dijaga,
Ia merasakan maruah dirinya juga
Apabila sudah agak lama tidak berjumpa
Sudah bertanya-tanya
Apa halnya, apa masalahnya, lama tidak berjumpa.
Kebaikannya diceritakan dan dipuji-puji dibelakangnya.
Keaibannya ditutup, kecacatannya tidak diumpat,
Mengutamakan kawan, dan dirinya,
Selepas matinya, keluarganya tetap dihubungi,
Silaturrahim dengan keluarganya terus tersambung,
Susah payah keluarga kawannya
Selepas mati tetap ditolong.
Aduh, mana hendak dapat kawan di waktu ini
Macam kita gambarkan tadi,
Penulis pun belum boleh setia dengan kawan
Aku memohon ampun kepada Tuhan

Kerana belum boleh setia dengan kawan

APABILA INSAN ROSAK

Kemungkaran dan maksiat wajib kita takut
Kita mesti cemburu selalu dengan kemungkaran dan maksiat itu
Justeru itulah jalan-jalan dan lorong-lorongnya kena kita tutup dan sekat
Menjaga dari penyakit lebih baik dari mengubat penyakit
Penyakit rohani lebih merbahaya dari penyakit jasmani
Penyakit jasmani penghapusan dosa
Penyakit rohani membawa ke Neraka
Awaslah dengan penyakit rohani!
Kerosakannya merata, merbahayanya menjerumuskan orang ke Neraka
Ia merosakkan agama, bangsa dan negara
Jika dibiarkan gejala masyarakat bermaharajalela
Di waktu itu pembangunan akan sia-sia belaka
Kemajuan tidak mempunyai erti apa-apa
Kerana pembangunan insan jatuh tertiarap separas bumi
Insan lebih penting dari kemajuan dan pembangunan benda
Apabila insan telah rosak, kemajuan dan pembangunan akan menjadi alat perosak
Yang menggerakkan pembangunan dan kemajuan adalah insan
Jika insan telah rosak, pembangunan dan kemajuan akan disalahgunakan
Bangunlah insan sebelum membangunkan kemajuan dan pembangunan

28 Oktober 2011

Tips mudah belajar


1.Jangan terlalu merendah diri
Jangan terlalu merendah diri dengan apa yang ada. Jangan
fikir bahawa apabila melihat orang lain trendy atau up to date,
anda mula hilang keyakinan dan merasakan tidak layak
berkawan dengan orang lain. Hiduplah seperti biasa dan
sentiasa menjadi seorang yang ceria!

2.Sentiasa berikan kerjasama
Apabila ada sesuatu program atau aktiviti asrama contohnya,
sentiasalah berikan kerjasama yang baik. Cuba libatkan dalam
aktiviti-aktiviti berfaedah bersama rakan-rakan dan belajarlah
dengan melakukannya demi kebaikan bersama dan semua
orang pasti akan rasa senang dengan anda!

3.Sekali kala ada unsur lawak
Yang paling penting dalam persahabatan ialah cuba menampakkan
siri jenaka dalam diri anda sekali kala. Selalunya orang suka
dengan orang yang boleh memberikan sedikit keceriaan
daripada orang yang pasif.

Namun dalam jenaka itu juga, janganlah sampai menyinggung
perasaan orang lain pula. Dan yang paling penting ,dalam jenaka
itu juga jagalah hak batasan pergaulan sesama lelaki atau perempuan!

4.Jangan Fokus pada satu orang sahaja
Pepatah ada mengatakan berkawan biar seribu, elakkan musuh
walaupun seorang. Oleh itu, jika terdapat teman baru, jangan
fokuskan kepada seseorang sahaja. Bercakaplah dengan semua
orang di sekeliling anda. Wujudkan hubungan mesra dan harmonis.
Namun teman perempuan mestilah mesra sesama perempuan
sahaja, bukan pula dengan lelaki ye!

5.Sentiasa berdoa agar mudah dipertemukan sahabat sejati
Dalam berkawan juga, anda jangan lupa yang tuhan selalu di
samping kita. Oleh itu, sentiasa berdoa dan bertawakal agar
sahabat-sahabat yang dikurniakan kepada kita nanti seorang
yang mudah menolong dan sahabat sejati. Insyallah..

26 Oktober 2011

Mase tu PENTING taw


Kepentingan waktu ke atas orang beriman

SALAH satu aset kehidupan yang sangat berharga dalam kehidupan ini ialah masa atau waktu. Masa ada kalanya tidak berharga, jika kita tidak pandai mengurus dengan baik. Masa yang berharga ialah masa yang diurus dengan sempurna dan bijaksana. Kedua-duanya memberikan implikasi kepada kita. Lantaran kedua-duanya tetap akan menjadi sukat-sukat dalam menentukan sejuah mana kita mampu mengendalikan kehidupan dengan sebaiknya. Waktu adalah milik manusia yang paling berharga. Oleh kerana itu pergunakanlah waktu sebaik mungkin, kerana apabila waktu berlalu tidak akan kembali lagi. Berbeza dengan suatu benda yang telah hilang, masih mungkin boleh dapat dipertemukan kembali.
Manusia yang berakal, menghadapi waktunya bagaikan orang yang kikir yang memiliki sesuatu yang mahal. Ia tidak akan mensia-siakan sekejap pun terhadap sesuatu yang sedikit, apalagi yang banyak. Ia selalu menghitungkan bagaikan setiap wang yang keluar harus mendapat imbalan yang wajar. Ia juga selalu berusaha untuk menempatkan sesuatu di tempatnya yang layak. Begitulah orang-orang yang mempergunakan wang dan demikian pula seharusnya kita mempergunakan waktu. Kendatipun demikian, ia bukan merupakan satu perkara yang mudah untuk dilakukan jika sekiranya kita sendiri tidak memberikan perhatian sewajarnya nilai dan kebaikan yang ada padanya. Ramai orang menyesal setelah usia meningkat jauh dari dunia remaja dan belia.
Ramai yang merenung jauh nilai waktu yang ditinggalkan dengan penuh kekecewaan, kembali di saat masa yang berharga sudah semakin sukar untuk dijangkau dan tidak akan kembali lagi. Ramai yang merasakan alangkah indah dan baiknya sekiranya waktu usia muda remaja dipergunakan dengan sebaiknya. Ramai yang mahu kembali ke usia remaja dan muda belia, agar mereka dapat merancang kehidupan dengan lebih teliti dan kemas kini. Namun segalanya sudah berlalu dan semakin jauh dari kita. Sejauh yang kita tinggalkan tanpa membawa kenangan manis dan kesan yang mendalam. Namun tidak kurang juga yang merasa bahagia dan berbaloi dengan apa yang mereka lakukan dan sediakan semasa usia masih lagi gagah dan perkasa. Kini mereka menuai hasilnya, sambil terus melangkah dengan menikmati kebahagiaan yang menjadi idaman sewaktu mengatur kehidupan yang sebaiknya.
Peringatan yang jelas tidak boleh kita lalaikan begitu sahaja. Peringatan betapa pentingnya masa dijaga dan disempurnakan pengunaannya adalah suatu yang tidak boleh diambil ringan. Al-Quran sendiri mengingatkan kepada kita di dalam Surah Al-'Ashr yang tafsirnya:
" Demi masa. Sesungguhnya manusia benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran."
Begitulah betapa jelasnya peringatan Allah tentang penggunaan masa, betapa pentingnya ia diperlakukan dengan sebaiknya dengan tetap mengingati Allah dan melakukan kebaikan. Cuba kita renungkan dan hayati, dan bertanyalah kepada diri sendiri apakah kita sudah dapat melakukan kehendak dan tuntutan amanah penjagaan waktu. Usia muda remaja memang usia yang amat berharga, kerana ini adalah titik atau period pembentukan diri dan bagi merancang kehidupan di hari kemudian. Seandainya kita mampu mengawal dan menjaga waktu dan memanfaatkannya dengan sebaiknya, nescaya kita akan mampu mewujudkan peta kehidupan dengan lebih berjaya dan sempurna. Hal sedemikian ini, sangat penting bagi kalangan generasi muda remaja, kepentingan ini bukan setakat untuk mengawal diri semata-mata agar tidak terjerumus ke lembah kehidupan yang sia-sia akan tetapi ianya merupakan pembentukan generasi yang akan menjadi isi dan jelama di dalam sesebuah masyarakat.
Justeru kita tidak boleh lalai dan mengambil ringan, betapa pentingnya pengurusan waktu dijaga dan diisi dengan pelbagai perkara yang berfaedah. Kita tidak perlu merasa bimbang perubahan sekeliling yang berlaku akan mempengaruhi kehidupan kita dengan kelalaian semata-mata. Namun yakinlah jika kita benar-benar serius mahu menjaga dan mengurus waktu kehidupan ini dengan sebaiknya nescaya kita akan mendapati jalan-jalan ke arah itu akan mudah ditemui. Kita tidak perlu berputus asa dan merasa tertekan dengan keadaan perubahan serta kemajuan sekeliling.
Apa yang sedang kita lalui kita perlu menelitinya dengan penuh keinsafan dan kesedaran yang tinggi agar kita tidak semudahnya terjebak dengan perubahan yang pantas bergolak. Tidak semestinya perubahan dan kemajuan yang berlaku disekeliling kita merupakan yang terbaik untuk kita. Kita perlu lebih proaktif dalam menilai bahawa setiap perubahan biarlah datang sebagai pemangkin untuk menggerakkan diri ke arah memanfaatkan masa yang kita lalui. Nilai waktu yang kita miliki tidak sama dengan intan berlian, namun harganya terlalu mahal untuk kita biarkan begitu sahaja. Kerana waktu yang dapat dipergunakan dengan sebaiknya, hatta dalam jangka yang singkat nescaya membawa kepada natijah yang sangat baik. Ingatlah jika kita tidak mahu mempedulikan keberadaannya nescaya tergolonglah kita kepada golongan yang akan menjadi pengemis waktu, di mana saat-saat kita memerlukannya ia sudah berlalu jauh.
Justeru jangan sampai kita mengemis waktu, maka kehadirannya perlu dipergunakan dengan sebaik mungkin. Lihat lah ke hadapan, nilai dan telitilah masa yang sudah kita tinggalkan dengan sisa-sisa usia yang akan kita lalui. Sejauh mana sudah ia kita pergunakan dan ke mana arah dan matlamat penggunaannya kita. Inilah yang akan menjadikan kita lebih dewasa, kerana kemampuan merancang dan mempergunakan masa sebaiknya. Hal sedemikian inilah yang akan melahirkan generasi muda remaja yang berkualiti tinggi.
Kualiti yang bukan setakat bermanafaat untuk jangka pendek, malahan ia menjadi aset keluarga, masyarakat dan negara yang tercinta.

24 Oktober 2011

bermujahadah di mana jua anda berada

Alam persekolahan bermule pabila ianye dapat mngenali satu sama lain,akn tetapi dri nye msih tdak mngerti ape hala tuju nye yg sebenar,umpama berjalan pade waktu malam yg tiada sebarang cahaya. justru ank2 ini perlukan bimbingan yg ....maka alam inilah yg akan mnentukan mse depan si ank kecil.
Di situlah bertapak nye satu huruf demi huruf, mmbezakan yg baik dn buruk. mngenal satu huruf demi satu huruf,angka demi angka..begitulah hari demi hari tahun demi tahun berlalu tnpa disedari...dlm mse yg sme,harapan ayh dn ibu trus memimpin ank2 nye untuk mncapai kjayaan...
Bg mereka bkn wang atau harta untuk djdikn blasan...sbalik nye,mereka perlukan kasih syg serta menghargai setelah mereka berumur kelak.. sememangnye dose dn phale dtngung oleh mereka swaktu kcil dahulu...wajarkah kite tdak mngikut perintah nyer..??? NAUZUBILLAH..ssungguhnye ank2 yg ingkar perintah ibu bapa maka dia adalah AnK durHAKA!! kredhoan ALLAH terletak kpde ibu...jika ibu tdak redho,maka allah pon trut sama..... firman allah s.w.t  


"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha" dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). (23) Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." 


Mengimbas kembali.....
swaktu ibu sedang mgandung,ibu juga sngup besengkang mate,sgle pnat lelah sgup hadapi dgn tabah,walaupn  terpakse ke hulu kehilir...akn ttp demi ank2 nye yg tersyg...allah ttap beri ktabahan hati yg cekal dlm mneruskn khidupan...ketika saat mlahirkan,bertapa sakitnye...ya allah,tuhan sje yg tahu. adakan pula sesetngah ibu terpakse dibedah....yaallah,btapa mulianye  hati seorg ibu,btape hebatnye sorg ibu...bertapa besarnye pngorbanan ibu...

saban hari kau mendukung..kau membelai,stiap kali mngis,kau tetap brade di smpingku...
ibu sgup mncri rzeki demi ku,wlaupn hnye sesuap nasi. bekerja siang dan malam biar pn dicaci dn dihina...smta2 mncri rzki yg halal,demi melihat anknye tersenyum...biar pn apepn terjd. ibu tetap mnyayangi ank-anknye.

Setitis air susu yg msuk kemulut,besar hajat ibu nk tgok anknye hidup,
air susu ibu x ternilai hargenye wlaupn duit bribu dan berjuta skli pon,tiade ganti untuk itu.. Bila tgok muka ibu sjak muda smpai tua,dahi kdut seribu uban putih pnuh dkpla,tapi ku tahu ibu byk berjasa,air tgn ibu seribu bau seribu rasa,sjak kecil hingga dewasa,kau jg tnpa henti,mkn mnum,kain bju x akn putus,ibu tetap jg nk tgok anknye snang,mndidik dgn pnuh kasih syg,bila besar bru ku knal diri ku. Ibu rela susah payah jaga aku sorang,rela tabur jasa untuk tgok ank yg berjaya dmsa hadapan,itulah bekal ibu untuk mnumpang msa depan,slma ini ibu yg jd hamba,sgla permintaan ku kau tunaikan,sakit demam mkn minum tetap kau jga,biarpon berat,tp ibu tetap nk lihat ank nya gmbira,wlau setitik air susu mu ku rasa,ianya sgt berharga bg diri ku..
Nk dpt aku sorg,smbilan bulan kau bertahan,letih pnat badan tdak pernah kau luahkn pada ku,
hanya snyuman yg kau berikan........

langkah permulaan

Setiap bayi yg baru dlahir kn,akn dikumandangkn azan ditlinga nye...maka pada saat itu lah kalimah yg pertame didengari.


Dalam tempoh yang segera yang mungkin, anak itu perlu diazan dan diiqamatkan. Adalah sunat untuk azan di teliga kanannya, dan iqamat di telinga kirinya. Seeloknya, si bapa sendiri yang melaksanakan tugas yang ringkas, tapi penuh makna ini. Azanlah dan iqamatlah dengan penuh khusyuk, pasrah dan mengharap. Pastikan suaranya jelas, sebutannya tepat dan lebih baik lagi bersama dengan menghayatan maknanya. Sambil azan dan iqamah, bolehlah hati bapa tadi mendambakan harap agar Allah jadikan telinga, mata, lidah dan seluruh anggota anak itu dekat dengan Allah, dan jauh dari syaitan.
azan-iqamat-anak-lahir-s.jpg
Rasulullah pernah bersabda “ Siapa yang baru mendapat seorang anak, lalu diazankannya ditelinga kanan serta diiqamatkan pula ditelinga kiri, maka anak itu tidak akan diganggu oleh syaitan” (Riwayat al-Baihaqi)
Ibnu Qayyim al-Jauziyyah dalam kitabnya Tuhfatul Maudud, menyebut bahawa amalan ini mempunyai hikmat yang besar. Antaranya, ia bertujuan untuk memastikan kalimah pertama yang masuk dalam deria pendengaran anak adalah kalimah-kalimah suci. Kalimah kebesaran Allah, syahadah, serta seruan kepada solat dan kejayaan digemakan ke telinga bayi agar hikmah dan pengertiannya menyerap hingga ke lubuk kalbu si anak. Lantas anak itu menjelmakannya dalam bentuk keyakinan, dan amalan sepanjang hayatnya.
Selain itu, kalimah ini juga berperanan sebagai menghalau iblis dan syaitan. Syaitan sentiasa merancang dan mencari peluang untuk menyesatkan anak Adam. Namun, azan dan iqamah amat ditakuti mereka. Maka tindakan melaungkan azan dan iqamah itu sebagai gendang perang dan amaran keras ke atas syaitan supaya dia tidak mendekati anak itu.


WAHAI INSAN.

WAHAI KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI INI, INGATLAH ALLAH TIDAK MENGURNIAKAN ANAK-ANAK DAN ISTERI UNTUK DIBANGGA-BANGGAKAN. AMANAH SEBAGAI KHALIFAH ALLAH DI BUMI ADALAH SUATU AMANAH YANG AMAT BERAT UNTUK DIPIKUL, SEHINGGAKAN GUNUNG-GANANG TAKUT MENERIMA AMANAH ALLAH TERSEBUT.

Oleh itu wahai manusia yang bergelar suami dan bapa, peliharalah anak-anak dan isteri dengan mengikut kehendak agama yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w sejak dahulu lagi.