Kemungkaran dan maksiat wajib kita takut
Kita mesti cemburu selalu dengan kemungkaran dan maksiat itu
Justeru itulah jalan-jalan dan lorong-lorongnya kena kita tutup dan sekat
Menjaga dari penyakit lebih baik dari mengubat penyakit
Penyakit rohani lebih merbahaya dari penyakit jasmani
Penyakit jasmani penghapusan dosa
Penyakit rohani membawa ke Neraka
Awaslah dengan penyakit rohani!
Kerosakannya merata, merbahayanya menjerumuskan orang ke Neraka
Ia merosakkan agama, bangsa dan negara
Jika dibiarkan gejala masyarakat bermaharajalela
Di waktu itu pembangunan akan sia-sia belaka
Kemajuan tidak mempunyai erti apa-apa
Kerana pembangunan insan jatuh tertiarap separas bumi
Insan lebih penting dari kemajuan dan pembangunan benda
Apabila insan telah rosak, kemajuan dan pembangunan akan menjadi alat perosak
Yang menggerakkan pembangunan dan kemajuan adalah insan
Jika insan telah rosak, pembangunan dan kemajuan akan disalahgunakan
Bangunlah insan sebelum membangunkan kemajuan dan pembangunan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan